Tiga Ahli Keluarga Baru



12-Mac-2019
Setelah kira-kira 3 minggu mengeram, akhirnya hari ni si Itik telah menambah ahli keluarga Kita Agro dengan 3 ekor anak2 yang comel-comel.

Kadar menetas agak rendah iaitu 3 daripada 8 biji yang dieramnya, Mungkin keadaan sarang eraman tidak kondusif menyebabkan kadar menetas yang rendah.

Sayang jugak rasanya melihat 5 biji lagi tidak menetas. Mungkin kalau dipaksa mengeram telur2 tu ada potensi untuk menetas lagi..

Orang tua kata kena pisahkan anak2 tu masa mula2 menetas supaya si ibu akan mengeram balik baki telur2 tersebut. Tapi rasa kesihan la pulak.. ari tu dah pisahkan dari "anak" tumpang, ni nak pisahkan lagi..

Si Itik telah membawa anak2 dia turun dari sarang eraman.. which is agak tinggi. Heran juga camne la si anak2 yang baru menetas tu boleh "terjun" dari sarang tu ke bawah...



Si Itik nampaknya berkenan dengan reban baru. Dia dah 'chop' reban tu.




Bila 4 ekor anak2 yatim-piatu tu balik time dekat2 Magbrib, nak masuk reban, tengok2 dah ada tuan baru. Confuse depa.. nak masuk reban baru ada orang. Nak masuk reban lama macam tak best.. hmmm.


Try buh 5 biji telur tu dalam bekas dan letak depan si Itik. Kot2 teringin pulak dia nak masuk duk dalam tu dengan anak2. Secara tak langsung ada chance untuk menetas ke...


Comments

Popular posts from this blog

Potong Paruh Anak Ayam, Perlukah Dilakukan? Apa Untung Ruginya?

Spraddle leg & Crooked Toes in Chicks- Causes and Treatments

Backyard Chicken - Countryside Free Guides